Program Latihan Keselamatan Tapak Kerja Untuk Staf Teknikal

Pasak Impian Sdn Bhd telah menganjurkan program latihan keselamatan tapak kerja bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan prosedur keselamatan dalam kalangan staf teknikal.

Latihan ini memberi penekanan kepada pengurusan risiko dan amalan kerja selamat di tapak projek, selaras dengan piawaian keselamatan industri pembinaan dan elektrikal.

Antara fokus utama latihan:

  1. Pengenalpastian bahaya di tapak kerja
  2. Prosedur kecemasan dan tindak balas pantas
  3. Penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE)

Program ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dengan simulasi situasi sebenar bagi memastikan kefahaman praktikal dalam pelaksanaan tugas harian.

Melalui inisiatif ini, syarikat komited memperkukuh budaya kerja selamat dan memastikan setiap projek dilaksanakan dengan tahap keselamatan tertinggi.