Komitmen Kami Untuk Kualiti & Kejayaan Projek

Ucapan Pengarah

Selamat Datang ke Pasak Impian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala puji bagi Allah S.W.T., pencipta sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dengan izin-Nya, Profil Syarikat Pasak Impian Sdn Bhd ini dapat diterbitkan sebagai dokumen rasmi yang menggambarkan perkembangan syarikat.

Pasak Impian Sdn Bhd telah lama berkecimpung dalam sektor kejuruteraan dan pembinaan. Syarikat ini diperakui sebagai 100% milik Bumiputera oleh Kementerian Kewangan Malaysia serta telah menerima pengiktirafan taraf Bumiputera daripada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Kami memulakan operasi sejak tahun 2009 sebagai sebuah enterprise dan berkembang menjadi Sdn Bhd pada tahun 2017. Kini, Pasak Impian Sdn Bhd mengkhusus dalam Elektrikal dan Bangunan, dan telah dinaik taraf daripada Kontraktor Elektrik Kelas B kepada Kelas A. Syarikat ini juga berdaftar dengan CIDB Gred G7 bagi kategori B, CE, dan ME.

Kami yakin bahawa dengan sokongan pelanggan dan kepercayaan masyarakat, Pasak Impian Sdn Bhd akan terus maju dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Sekian, terima kasih.

KAPTEN UBAIDULLAH BIN SHAARI

PASAK IMPIAN

Kontraktor Berpengalaman & Diiktiraf

Pasak Impian Sdn Bhd ialah kontraktor Bumiputera yang memberi fokus kepada pelaksanaan projek elektrikal, mekanikal dan kejuruteraan awam secara profesional, selamat dan berstandard tinggi.

Berdaftar & Diiktiraf

Kontraktor CIDB G7, ISO 9001:2015 dan Kelas A Suruhanjaya Tenaga, memastikan pematuhan penuh terhadap keperluan undang-undang dan piawaian industri.

Keupayaan Menyeluruh Dalam Pelaksanaan Projek

Lebih 15 tahun pengalaman mengendalikan projek bersama TNB, JKR dan agensi kerajaan, melibatkan skala besar dan sistem kritikal.

SIAPA KAMI

Rakan Strategik Dalam Projek Elektrikal & Infrastruktur

Pasak Impian Sdn Bhd ditubuhkan dengan komitmen untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang berkualiti, selamat dan menepati spesifikasi teknikal pelanggan.

Kami percaya kejayaan projek bergantung kepada perancangan yang rapi, pengurusan tersusun dan pasukan berpengalaman yang memahami keperluan tapak serta piawaian industri.

Disokong oleh sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2015, setiap projek dikawal dari peringkat perancangan hingga penyerahan akhir.

Fokus Kami:

MISI & VISI SYARIKAT

MISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas dan fleksibel bagi mencapai tahap kepuasan pengguna 100%.

VISI

Terus maju dan berjaya sebagai sebuah syarikat 100% hak milik Bumiputera.

0 +
Tahun Pengalaman Industri
0 +
Projek Berjaya Disiapkan
ISO 9001: 2015
Sistem Pengurusan Kualiti
CIDB G 7
Kontraktor Berdaftar

KOMITMEN KAMI

Pelaksanaan Projek Yang Selamat, Terkawal & Dipercayai

Pasak Impian komited memastikan setiap projek dilaksanakan dengan tahap keselamatan, kualiti dan kecekapan tertinggi, selaras dengan keperluan pelanggan dan piawaian industri.

Apa Yang Kami Utamakan:

Nilai Teras Kami: